HomeAbout Us

Manjakaki Foot Reflexology & Spa adalah sebuah pusat rawatan kesihatan yang di daftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 di Suruhanjaya Syarikat Malaysia, bernombor pendaftaran 001739345-V. Ditubuhkan pada 24 januari 2008 yang mana cawangan pertama ditubuhkan di Carrefour subang jaya.

Rawatan di Manjakaki merangkumi urutan reflexology, urutan badan, rawatan resdung, rawatan lulur tubuh dan lain-lain. Manjakaki ditubuhkan di kebanyakan pasaraya di selangor, di mana terdapat tujuh belas cawangan keseluruhannya setakat ini. 

Tujuan Manjakaki memilih pasaraya besar sebagai tempat premis perniagaan adalah untuk menarik lebih ramai pelanggan untuk merasai urutan reflexology dengan harga yang berpatutan. Harga yang ditawarkan di Manjakaki serendah RM20, di mana semua lapisan masyarakat dapat merasai urutan reflexology yang selama ini diwar-warkan dengan harga yang mahal.

Di Manjakaki mempunyai keselesaan yang berprestij  premium untuk pelanggan-pelanggan khususnya suri rumah tangga,mereka yang stress  dan mereka yang mencari keseimbangan kerja dan kesihatan.Rawatan urutan adalah satu tradisi tempatan dan produk Malaysia yang patut dibangunkan dan diperkembangkan.Didalam masa itu juga  Manjakaki menyediakan tapak semai urut dan peluang untuk cipta kerja. Disamping itu juga peluang  untuk sertai dan pelabur dalam bisnes juga terbuka.